Tuesday, May 12, 2020

Pengalaman Saya

Hai, Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
                                                      


Nama saya Enis Sherina bt Nadlon . Saya dari MRSM Pontian, kelas 3 Yale . Saya berasal dari Batu Pahat, Johor . Saya sangat suka melancong bersama keluarga kerana kami dapat meluangkan masa bersama. Di saat ini, saya ingin berkongsikan pengalaman saya bersama keluarga menziarahi saudara rapat serta makan angin di Kota Tinggi, Johor. 




Pada awal pagi 25 Disember 2019, sebelum kami bergerak terus ke Kota Tinggi, kami singgah ke kampung halaman di Rengit untuk menjemput makcik saya dan keluarganya bersama-sama untuk turut ikut konvoi kami ke Kota Tinggi ini.


                                        
                                                        
                                 
Saya, ibu dan kakak saya mengambil gambar di kawasan halaman rumah di kampung sementara menunggu semua orang bersiap.


Setelah semua ahli keluarga sudah bersiap, kami bergerak ke destinasi pada pukul 11 pagi. Selepas lebih kurang 2 jam perjalanan, kami singgah ke sebuah restoran untuk menikmati makan tengah hari. Saya memesan nasi goreng kampung kerana menu itu adalah makanan kegemaran saya. Selepas makan tengah hari, kami singgah ke sebuah stesen minyak untuk menunaikan solat jamak qasar fardhu Zuhur dan Asar. Lebih kurang pada pukul 2.15 petang, kami meneruskan perjalanan kami untuk sampai ke destinasi. Kami sampai ke rumah saudara kami kira-kira pada pukul 3 petang. 


DAH SAMPAI KE DESTINASI!!!!!!


Sewaktu sampai di rumah saudara, kami bersalaman seterusnya berbual-bual. Sementara itu, saudara kami menyediakan minum petang untuk kami sekeluarga dengan hidangan pepes ayan, cekodok pisang bersama teh o panas. Ayah saya juga telah menghidangkan buah nangka yang dibawanya dari Batu Pahat. 


Setelah selesai minum petang, kami menyiapkan diri dengan membersihkan badan seterusnya menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah. Selepas itu, kami bersiap-siap untuk pergi ke rumah saudara yang lain yang juga tinggal berdekatan di kawasan ini. 





Di sana, kami makan sate dan roti canai. Makanannya sangat sedap sehingga saya menambah beberapa kali. Setelah berpuas hati berbual bersama mereka, kami sekeluarga kembali ke rumah tadi untuk merehatkan diri sehingga hari seterusnya.




26.12.2019

Awal pagi lagi, kami sekeluarga sudah bersiap dan mengemas barang untuk pulang ke rumah masing-masing. Dua hari tidak cukup untuk menziarahi keluarga yang jauh. Tetapi apakah daya kami perlu balik ke rumah kerana waktu persekolahan akan dibuka tidak lama itu.


Kami sempat mengambil gambar sebelum perjalanan pulang ke rumah


Semasa perjalanan pulang, kami sempat singgah di Hard Rock Hotel. Kami sempat mengambil gambar di sana dan membeli barang di sana.




Selepas itu, kami juga singgah di Bayu Balau Beach Resort untuk rehat sebentar .Kami juga sempat mengambil gambar bersama-sama.

 



Selepas beberapa puluh minit kemudian, kami meneruskan perjalanan kami ke rumah. Walaupun percutian ini sangat sekejap tapi ia sangat bermakna kerana kami dapat berjumpa dan meluangkan dengan keluarga yang jarang kita jumpa kerana jauh perantauannya sekali gus dapat merapatkan hubungan keluarga. Bak kata pepatah 'bagai air dicincang tidak akan putus'.