Hai, Assalamualaikum...
Apa khabar semua?
Nama saya Enis Sherina bt Nadlon . Saya dari MRSM Pontian, kelas 3 Yale . Saya berasal dari Batu Pahat, Johor . Saya sangat suka melancong bersama keluarga kerana kami dapat meluangkan masa bersama. Di saat ini, saya ingin berkongsikan pengalaman saya bersama keluarga menziarahi saudara rapat serta makan angin di Kota Tinggi, Johor.
Pada awal pagi 25 Disember 2019, sebelum kami bergerak terus ke Kota Tinggi, kami singgah ke kampung halaman di Rengit untuk menjemput makcik saya dan keluarganya bersama-sama untuk turut ikut konvoi kami ke Kota Tinggi ini.
![]() |
![]() |
| Saya, ibu dan kakak saya mengambil gambar di kawasan halaman rumah di kampung sementara menunggu semua orang bersiap. |
Setelah semua ahli keluarga sudah bersiap, kami bergerak ke destinasi pada pukul 11 pagi. Selepas lebih kurang 2 jam perjalanan, kami singgah ke sebuah restoran untuk menikmati makan tengah hari. Saya memesan nasi goreng kampung kerana menu itu adalah makanan kegemaran saya. Selepas makan tengah hari, kami singgah ke sebuah stesen minyak untuk menunaikan solat jamak qasar fardhu Zuhur dan Asar. Lebih kurang pada pukul 2.15 petang, kami meneruskan perjalanan kami untuk sampai ke destinasi. Kami sampai ke rumah saudara kami kira-kira pada pukul 3 petang.
![]() |
| DAH SAMPAI KE DESTINASI!!!!!! |


Setelah selesai minum petang, kami menyiapkan diri dengan membersihkan badan seterusnya menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah. Selepas itu, kami bersiap-siap untuk pergi ke rumah saudara yang lain yang juga tinggal berdekatan di kawasan ini.
Di sana, kami makan sate dan roti canai. Makanannya sangat sedap sehingga saya menambah beberapa kali. Setelah berpuas hati berbual bersama mereka, kami sekeluarga kembali ke rumah tadi untuk merehatkan diri sehingga hari seterusnya.
26.12.2019
Awal pagi lagi, kami sekeluarga sudah bersiap dan mengemas barang untuk pulang ke rumah masing-masing. Dua hari tidak cukup untuk menziarahi keluarga yang jauh. Tetapi apakah daya kami perlu balik ke rumah kerana waktu persekolahan akan dibuka tidak lama itu.
![]() |
| Kami sempat mengambil gambar sebelum perjalanan pulang ke rumah |
Semasa perjalanan pulang, kami sempat singgah di Hard Rock Hotel. Kami sempat mengambil gambar di sana dan membeli barang di sana.
![]() |
Selepas itu, kami juga singgah di Bayu Balau Beach Resort untuk rehat sebentar .Kami juga sempat mengambil gambar bersama-sama.
Selepas beberapa puluh minit kemudian, kami meneruskan perjalanan kami ke rumah. Walaupun percutian ini sangat sekejap tapi ia sangat bermakna kerana kami dapat berjumpa dan meluangkan dengan keluarga yang jarang kita jumpa kerana jauh perantauannya sekali gus dapat merapatkan hubungan keluarga. Bak kata pepatah 'bagai air dicincang tidak akan putus'.


















Blog yang amat menarik dan kreatif ^^ terima kasih ataa perkongsian:)
ReplyDeleteBlog yang amat menarik dan ringkas. Mengambil aspek keringkasan yang membuat kan pembaca tidak berasa bosan dan tertarik dengan jalan log anda. Tahniahhh
ReplyDeleteBlog yang ringkas tapi mempunyai isi yang padat dan membuatkan saya sebagai pembaca mudah faham dan tertarik untuk ke sana suatu hari nanti.
ReplyDeleteBlog yang amat menarik untuk dibaca. Tetapi malang, ramai lagi yang tidak membaca pengalaman saudari. Cadangan saya saudari perlu lebih usaha untuk mendapat jumlah pembaca yang lebih ramai. Teruskan usaha saudari!
ReplyDeletePerkongsian yang ringkas tetapi sangat menarik untuk dibaca ^^ Saya tiba-tiba rasa teringin hendak ke Bayu Balau Beach Resort itu :D
ReplyDeleteWalaupun percutian yang ringkas tetapi ia cukup untuk mencipta memori bahagia bersama keluarga yang dicintai . Tempat-tempat yang saudari kunjungi telah menarik minat saya kerana pemandangan yang cantik. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteSaya berasa sangat seronok ketika membaca blog awak kerana penggunaan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman awak :)
ReplyDeleteBlog yang menarik untuk dibaca walaupun ianya ringkas . Muka awak seakan akan sama dengan kakak dan ibu awak. Muka seperti orang cina juga ;)).
ReplyDeleteSaya sangat teruja membaca blog ini serta melihat gambar-gambar yang terdapat di dalam blog saudari Enis ini. Saya berharap agar saya juga dapat pergi ke Kota Tinggi. Anda sangat beruntung kerana berpengalaman merasai konvoi bersama keluarga anda.👍
ReplyDeletePercutian yang ringkas tetapi amat menarik dan mampu mencipta kenangan! Pasti seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga. Terima kasih kerana sudi berkongsi.
ReplyDeleteGaya penulisan yang digunakan amat menarik sekali. Saya juga begitu teruja melihat tempat yang kamu kunjungi ini.
ReplyDeletePenulisan yang amat bagus dan maklumat yang ditulis amat jelas sekali. Terima kasih atas perkongsian .
ReplyDeleteBlog yang mempunyai maklumat yang terperinci dan blog yang cantik. Teruskan usaha anda untuk menjadi blogger yang berjaya.
ReplyDelete